VITAMIN MAMA DANISH: 7 Faedah Penyusuan Kepada Ibu Menyusu

2 Januari 2015

7 Faedah Penyusuan Kepada Ibu Menyusu


Kalau nak bercerita tentang faedah penyusuan memang banyak dan takkan habis-habis. Kebaikannya
bukan saja kepada anak, tapi juga ibu dan seluruh keluarga! 

Walaupun masyarakat kita kurang mengerti tentang kebaikan susu ibu ni, tapi bagi kita yang mengerti ni, tak ada lah benda lain yang lebih baik dari susu ibu kan.

Ia juga berfaedah dari segi bonding, mesra alam malah menjimatkan!


Faedah Penyusuan Kepada Ibu Menyusu.




  Mempercepatkan pengecutan rahim. Ibu menyusu menghasilkan hormon bagi mengecutkan rahim dan tindakan bayi menghisap susu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada keadaan asal, seperti sebelum mengandung. Semasa menyusu, anda akan rasa kontraksi di bahagian rahim, maknanya rahim anda sedang mengecutlah tu.


 Menurunkan berat badan. Penyusuan membakar kalori dalam badan ibu dan membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Kalau nak cepat kurus, susukan bayi anda!

 Mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti kanser buah dada,osteoporosis, artitis dan sebagainya. Penyusuan juga menyempurnakan ‘kitar hidup’ seorang ibu yang bermula dengan persenyawaan, kehamilan, kelahiran dan penyusuan. Macam tak lengkap pula kalau melahirkan, tapi tak menyusukan. Seperti mengandung tapi tak bersalin, tak best kan.

 Mengurangkan kerisauan pada ibu. Dalam keadaan krisis, samada kemarau ke, banjir ke, wabak taun ke, ibu tidak perlu bimbang tentang air yang tidak bersih, kesukaran mendapat FM dan sebagainya.

 Memudahkan. Bayi BF lebih mudah dibawa ke mana-mana. Tidak perlu menyediakan FM, botol, termos, dan sebagainya. BM juga tidak meninggalkan kesan pada pakaian, dan najis bayi BF berbau wangi!

 Mengurangkan stess. Kajian menunjukkan bayi menyusu badan kurang mendapat sakit. Jaga bayi yang sihat lebih menyeronokkan daripada menjaga bayi yang sakit, kan?

 Peluang menjadi ibu yang boleh memberi anaknya segala yang terbaik. Bayi baru lahir memerlukan kehangatan, makanan dan kasih sayang. Semuanya tersedia dalam pakej BF! Bila ibu yakin dapat memberi perlindungan terbaik pada bayi, ia boleh mengurangkan post-partum depression di kalangan ibu BF.


Happy Breastfeeding Mommy!!

All the best

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign